Tuesday, February 24, 2009

UMNO denies plan to hire QCs for Perak crisis

Definitely as a result of a firestorm of genuinely patriotic protests of many Malaysian citizens, especially netizens in the cyberspace, Umno has denied that it is seeking the services of Queen's Counsels ( QCs ) in the United Kingdom to break the constitutional deadlocks in Perak.

My hometown' s Indian hero & Chinese villain

17 Comments:

Blogger Unknown said...

Umno ini selalu ingat rakyat bodoh dan mudah lupa. Tidak ! Rakyat tidak pernah lupa penjajah British 'dijemput' masuk campur tangan dalam hal ehwal Negeri Perak melaui Perjanjian Pangkok 1874 oleh bangsawwan-bangsawan yang gila kuasa dan tamak haloba. Masalah politik rakyat Malaysia mesti diselasaikan oleh rakyat Malaysia sendiri, bukan penguam-penguam Diraja Ratu England. Hidup Rakyat !

6:30 AM  
Blogger Unknown said...

The Perak crisis is fundamentally political, not legal or constitutional. Dissolve the Perak State Assembly now and let the rakyat have the final say once & for all !

6:37 AM  
Blogger Unknown said...

jika rakyat tidak berwaspada, agen-agen kuasa barat dalam umno sudah lama lelong negara kita sekali lagi kepada penjajah-penjajah barat bentuk baru.

6:47 AM  
Blogger Unknown said...

Betul, Cik Linda ! Hal Perak ini bukan hal raja, bukan hal penguam dan bukan hal Umno ataupun Pakatan. Hal ini hal rakyat dan mesti diputusan oleh RAKYAT sendiri melalu satu pilihanraya baru. Bubar ! Bubar ! Bubar !

7:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

umno ini berlidah banyak. hari ini buat sesuatu, besok nafikannya dan lusa pusing balik. dimana ada wang dan kuasa, disana umno berkiblatlah. inilah intisari umno sebenarnya.

8:27 AM  
Blogger Unknown said...

1. Adakah raja-raja dan bangsawan-bangsawan Melayu patriotik ? Sekiranya mereka cintakan bangsa Melayu and negara Malaysia, takkan mereka hantar anak-anak muda mereka ke Britain untuk dididikkan sepunuhnya dalam Bahasa Inggeris walaupun setiap hari, rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu, digesa Cintai Bahasa Melayu/Malaysia. JIka Bahasa itu benar-benar jiwa bangsa, maka ramai bangsawan-bangsawan 'Melayu' tidak berjiwa bangsa langsung kerana mereka mengutamakan Bahasa Inggeris.

2. Selepas 50 tahun tanahair kita mencapai kemerdekaan, askar-askar Melayu masih dihantar ke London untuk jaga pintu Istana Buckingham dan main muzik untuk Ratu England (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/7/nation/20870025&sec=nation) seperti hamba abdi Negro di zaman Empayar Rom. Mana maruah bangsa dan negara ? Mana jiwa merdeka ?

7:04 PM  
Blogger Unknown said...

Jika kita teliti tren politik pasca-Mahathir, adalah jelas bahawa ada bangsawan-bangsawan 'Melayu' dan pemimpin-pemimpin Umno yang cuba 'mengINGGERISkan' semula negara Malaysia amnya dan masyarakat Melayu khasnya. Tren ini menjadi semakin hebat di bawah pemerintahan Pak Lah dan Tingkat 4. Ini satu bentuk penjajahan fikiran dan minda sebelum penjajahan fizikal dihidupkan semula.

7:14 PM  
Blogger Unknown said...

Guna nasihat peguam London bukti Umno sangat terdesak - Hanipa Maidin
Intan Abdullah


Wed | Feb 25, 09 | 9:50:29 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Umno Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar bagi mempertahankan kerajaan Perak yang baru sahaja dilantik melalui rampasan kuasa oleh BN. Iklan

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Hanipa Maidin berkata parti itu kini sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun melompat parti sehingga memaksa mereka menggunakan khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara.

"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya kepada Harakah.

Ujarnya, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Hanipa menjelaskan bahawa peguam Nizar menyangkal tuduhan bahwa hakim yang dilantik mengadili kes permohonan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff Md Yusof dibantah oleh Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili Pejabat Peguam Negara, Dato' Kamaludin Mod Said kerana pernah terlibat sebagai penasihat undang-undang untuk parti PAS, KeADILan dan BN dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

"Bagaimanapun, bagi pihak Dato' Seri Nizar kami membantah tuduhan tersebut dengan hujah bahawa setiap hakim yang dilantik mereka telah bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mempertahankan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Lagipun tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa hakim ini pernah mewakili Nizar sebelum ini," ujarnya.

Oleh yang demikian tegasnya, kes-kes yang sebelum ini perlu dipakai bagi menentukan sama ada hakim tersebut perlu menarik diri atau tidak.

"Beliau perlu menarik diri sekiranya terdapat bahaya yang jelas bahawa hakim tersebut akan berat sebelah dan bukan bersandar kepada kemungkinan semata-mata.

"Ia perlu kepada fakta yang benar-benar sahih dan bukannya sangkaan," tegasnya lagi. - azm

7:33 PM  
Blogger Unknown said...

Suka tak suka, kita kena mengakui Istana Perak itu pun sangat 'Anglophiliac' ataupun tercenderong mengagung-agungan ataupun mendewa-dewikan budaya, bahasa, cara hudip dan corak pemikiran Englishmen.

7:56 PM  
Blogger Unknown said...

Nampaknya Perak sekali lagi jadi satu medan perang patriotik rakyat menentang Umno dan boneka-boneka kuasa asing barat yang bertopeng "Melayu" dan "Muslims'.

8:27 PM  
Blogger Unknown said...

1. Selain daripada cubaan untuk mendapatkan 'nasihat' Penguam DiRaja Ratu England dan menghantar askar-askar Melayu juga pintu (JP) Istana Bickingham dan main muzik untuk Ratu England, Umno juga pernah berpelan membazirkan wang rakyat Malaysia membina satu Komplek Sukan di London (sila rujuk http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/7/12/nation/14806747&sec=nation).

2. Perkara-perkaran semua ini terbukti minda pemimpin-pemimpin Umno pasca-Mahathir sudahpun dijajah semula oleh England dan dijadikan boneka-boneka Empayar Anglo-Saxon Baru yang cuma bertopeng "Melayu" san "Islam" !

8:43 PM  
Blogger Unknown said...

Bilakah Umno dan bangsawan-bangsawan 'Melayu' minta askar-askar Inggeris dan NATO masuk Perak untuk "bandit suppression campaign" ?

9:01 PM  
Blogger Unknown said...

tingkah-laku si najib ini pun kena diteliti oleh rakyat kerana ''anglophiliac tendency "-nya pun amat kuat walaupun pandai beromong-omong 'ketuanan melayu' dan 'keagungan islam'.

9:19 PM  
Blogger Unknown said...

Kini pun terdapat elit-elit politik Melayu sudah menjangkiti penyakit psikologi ' Cultural Inferiority Complexes' ataupun 'Perasaan Rendah Diri Budaya' yang agak buruk: khawin perempuan atau lelaki darah campuran dengan nama-nama English, Perancis dan Sepanyol baru "ada class" ! Yang lain "tiada class" !

11:31 PM  
Blogger Jiwa Merdeka said...

Krisis politik Perak masih berterusan dan belum nampak cara penyelesaiannya.

Pada peringkat awal dahulu, saya kira ia boleh diselesaikan, jika BN membawa usul undi tidak percaya di DUN. Jika PR kehilangan majoriti, ia akan jatuh. Selepas itu, barulah Sultan melantik MB yang baru.

Oleh sebab hal itu tidak dilakukan ,maka timbullah krisis yang berpanjangan. Penyelesaiannya sekarang barangkali hanyalah dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya baru. Hanya dengan itu kita akan tahu parti mana yang lebih mendapat sokongan rakyat, dan siapa yang layak menjadi MB.

1:41 AM  
Blogger Unknown said...

1 Janganlah kita tutup satu mata dan menyalahkan Umno/BN sahaja di Negeri Perak, walaupun Umno/BN memang telah membuat sesuatu yang salah, iaitu rampasan kuasa yang dipilih leh rakyat;

2. Tanpa keputusan yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah, Umno/BN tidak berkemampuan rampas kuasa dengan begitu berani;

3. Soal yang pokok adalah: mengapa Sultan Azlan Shah, seorang pakar undang-undang dan perlembagaan yang ernah dihormati oleh rakyat, boleh membuat keputusan itu ? Adlah dia tidak siuman kerana sudah tua dan otak lemah, ataupun dia dan keluarganya ada agenda atau kepentingan sendiri yang rakyat belum tahu lagi ?

3:45 AM  
Anonymous Anonymous said...

Masalah 'Politik Baru' Pakatan Rakyat (PR) ialah ia tidak berani langsung mengkritik raja-raja dan kelas bangsawan-bangsawan yang salah kelakuan atau keputusan mereka. PR pun 'cari makan' sebagai politikus-politikus juga macam Umno/BN. Itulah sebabnya ramai rakyat masih hormati dan sayangi Tun. Dr. Mahathir dengan iklasnya kerana Tun berani dan sudi membela nasih rakyat tertindas dan terus-terang mengkritik raja-raja dan bangsawan-bangsawan yang tidak baik dan tidak adil. Tun adalah negarawan walhal Anwar Ibrahim ini masih politikus.

4:01 AM  

Post a Comment

<< Home