Nora: they're " licensed gangsters "
Mereka gengster berlesen, kata bekas mangsa bogel
Malaysia Today November 30, 2005
Oleh Zulkifli Mohamed
BUKIT MERTAJAM: “Mereka tu umpama gengster berlesen,” demikian luahan seorang peniaga yang pernah menjadi mangsa deraan seksual ketika dalam lokap polis lima tahun lalu.
“Saya berkata begitu kerana laporan saya kepada pihak berkuasa tentang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu langsung tidak diendahkan, anggota polis itu pun tidak dikenakan apa-apa tindakan,” demikian kata Norazimah Mohd Nor, 30, yang ditemui Malaysia Today, ketika sedang berniaga di rumah terbuka Aidil Fitri Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah, di sini, Jumaat.
Lebih mendukacitakan, dakwanya Datuk Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata itulah hukuman setimpal ke atasnya kerana menyokong gerakan reformasi.
Menurutnya, kejadian yang berlaku pada 4 November 2000 apabila dia ditahan polis ketika sedang menyiapkan gerai perniagaannya untuk ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat di Kesas’ pada 5 November.“
Polis merampas semua barangan perniagaan, termasuk kad pengenalan dan telefon bimbit saya,” jelasnya yang lebih dikenali sebagai Nora.
Katanya pihak polis mendesaknya dan tidak berhenti menyoalnya kerana mahukan jawapan kenapa dia terlibat dalam gerakan reformasi.Kata Nora, kerana tidak berpuashati dengan penjelasannya pihak polis memaksanya berbogel dan melakukan tekan tubi.
“Saya dipaksa berbogel dan melakukan ‘pumping’ sebanyak sepuluh kali di atas pangkin di dalam lokap di depan tahanan lain,” jelasnya.Polis juga mengugut akan menarik balik rumah pangsa rakyat yang disewanya, tambahnya.
Menurut Nora, beliau tidak dapat menolak arahan polis walaupun perbuatan itu cukup memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai wanita Islam.
Dia kemudiannya dibebaskan seminggu kemudian.
Berikutan itu dia membuat laporan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), namun sehingga kini tiada perkembangan positif.
Menurut Nora, kejadian sama yang menimpa wanita warga China baru-baru ini, membuktikan bahawa kejadian seumpama itu sememangnya berlaku.
“Sewaktu saya dedahkan dulu, mereka tidak percaya sebab mereka kata saya reformis, tapi sekarang apabila berlaku kepada warga China barulah mereka percaya, ” jelasnya.
“Hanya mereka yang pernah melalui kezaliman polis ini akan merasainya, saya dapat rasakan apa yang dirasai warga China itu,” katanya.
Menurutnya jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi tidak bertegas dalam hal ini, perbuatan salahguna kuasa polis akan berulang lagi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home