Datuk Onn "Penganjur Utama Kemerdekaan" ?
Wednesday, December 06, 2006
from my learnt friend Harat's blog at http://jalanbaru.blogspot.com
Setelah lebih 40 tahun Datuk Onn meninggal dunia, satu Seminar Kebangsaan Mengenai Pemikiran Datuk Onn Jaafar telah diadakan di Johor Baharu baharu-baharu ini.
Mungkin setelah 40 tahun berlalu, orang sudah melupakan kekurangan dan kelemahan Datuk Onn, dan tidak lagi mementingkan fakta sejarah yang benar yang berkaitan dengan diri beliau. Maka dalam seminar itu muncullah pelbagai sanjungan yang begitu hebat terhadap Datuk Onn.
Mungkin juga orang Melayu kini merasa kekurangan hero yang hebat. Maka Datuk Onn yang sebelum ini pernah diketepikan dan dilupakan tiba-tiba ditonjolkan sebagai salah seorang hero besar orang Melayu!
Salah seorang Profesor terkenal yang menghadiri seminar itu menyarankan supaya Datuk Onn diberi gelaran "Penganjur Utama Kemerdekaan". Gelaran penganjur utama kemerdekaan itu agaknya terpaksa dicipta, kerana Malaysia sudah ada Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman) dan Datuk Onn tentu tidak boleh lagi diberi gelaran "Bapa Kemerdekaan".
Walau bagaimanapun, saya kira penganjur utama kemerdekaan di negara ini adalah ramai; bukanlah Datuk Onn seorang sahaja. Malah orang-orang seperti Ibrahim Yaakub, Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Mohamad dan Ahmad Boestamam lebih awal memperjuangkan kemerdekaan, dan mungkin lebih berhak diberi gelaran "Penganjur Utama Kemerdekaan".
Saya tidak bermakud memperkecilkan jasa Datuk Onn menggembeling perjuangan orang Melayu untuk menghapuskan Malayan Union. Akan tetapi perjuangan Datuk Onn pada masa itu (tahun 1946) dengan slogan "Hidup Melayu" belum lagi mempunyai matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Datuk Onn hanya turut memperjuangkan kemerdekaan beberapa tahun selepas itu, khasnya selepas beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951. Pada masa itu UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman juga mula berjuang untuk menuntut kemerdekaan, kerana aspirasi untuk menuntut kemerdekaan sudah muncul dengan meluas di kalangan orang-orang Melayu. Dengan itu, Datuk Onn yang sudah "ketinggalan" dalam perjuangan mencapai kemerdekaan, bukanlah Penganjur Utama Kemerdekaan.
Apa yang saya bentangkan di atas adalah fakta sejarah yang sudah diketahui umum. Jadi adalah tidak wajar sama sekali kita memesongkan fakta sejarah yang terang dan jelas itu, walaupun ada di antara kita ingin menyanjung Datuk Onn sebagai hero besar orang Melayu!
In memory of Kamarulzaman Teh, freedom fighter
http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/57733
History of the Malay Left
http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/48827
Merdeka history in new light
http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/42665

2 Comments:
pernahkah anda fikirkan perasaan Dato Onn bin Jaafar pada masa itu . Beliau sebenarnya seorang pemimpin yang berwibawa . Beliau begitu kuat semangat untuk membentuk sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera tetapi pada masa itu , fikiran penduduk-penduduk yang tak begitu rasional telah menyebabkan kejatuhan beliau .. sayang sekali.........
Selepas membaca artikel ini, saya tertanya-tanya adakah cucu Dato' Onn bersependapat dengan bahawa penubuhan parti politik pelbagai kaum itu lebih sesuai di Malaysia.
Ini bermakna, semua parti politik berasaskan perkauman wajar dibubarkan segera dan digantikan dengan parti pelbagai kaum.
Sekiranya cucu Dato' tidak setuju dengan ini, kita emgnalu-alukan hujah beliau untuk membidas pandangan datuknya.
Sekiranya cucu Dato' Onn setuju dengan datuknya, maka bertindaklah sekarang sambil bekerja mengarah ke tujuan tersebut.
Post a Comment
<< Home